NO 42, LORONG 1/7,

PERUMAHAN BALOK PERDANA,

26100 KUANTAN, PAHANG DARUL MAKMUR.

019-9320379 / 019-9863518

RSS



Assalamualaikum w.b.t.

Pertamanya, syukur ke hadrat Ilahi kerana Lestari Perdana telah pun beroperasi sejak 2006. Terima kasih yang tidak terhingga buat semua ibubapa yang memberi kepercayaan kepada pihak Lestari untuk mendidik anak-anak mereka. Terima kasih juga buat warga Lestari yang ikhlas dan komited untuk mendidik anak bangsa. 

Di Lestari, kami percaya bahawa pelajar-pelajar kami bukan sekadar anak-anak hingusan tetapi pewaris kita untuk berbakti kepada agama dan negara. Ekoran daripada itu, para guru dilatih agar dapat mendidik pelajar-pelajar pintar musleh yang berkeyakinan dan mandiri. Kami juga menekankan kasih tanpa syarat dan mementingkan keselamatan anak didik kami. 

Namun begitu, kasih sayang dan perhatian ibubapa adalah motivasi terbesar kejayaan anak-anak. Jadi manfaatkanlah sesingkat manapun waktu bersama anak-anak agar menjadi momen yang terindah buat anak-anak. Kami juga amat berharap agar pihak guru dan ibubapa dapat bekerjasama dalam memastikan anak-anak kita menjadi insan yang cemerlang di dunia dan akhirat. 

Sesungguhnya, penglibatan ibubapa dalam membantu pembelajaran anak-anak adalah kunci utama kejayaan anak-anak menjadi lebih cemerlang berbanding rakan-rakan yang seusia dengan mereka.

Akhir kata,  sama-samalah kita mengikhlaskan niat dalam mendidik anak-anak kita kerana hanya dengan niat yang ikhlas, beban yang berat menjadi ringan dan amal yang kecil menjadi besar di sisi Allah s.w.t.

Sekian, terima kasih.


Mohd Zaki Bin. Md Yusof
(Pengerusi Hidayah Group)




  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS